Wednesday, December 12, 2007

Latar Belakang Amanah Raya Berhad

Dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pemegang Amanah dan Pegawai Pentadbir Pusaka yang ditubuhkan pada tahun 1921.
Merupakan pemimpin dalam memberikan perkhidmatan peramanahan dan pentadbiran harta pusaka.
Pada tahun 1966, apabila tabung amanah saham pertama (Tabung Pelaburan Malaysia) dilancarkan oleh Asia Unit Trust Berhad, jabatan ini telah dilantik sebagai pemegang amanah kepada tabung tersebut.
Diperbadankan pada 29 Mei 1995 dan pada 1 Ogos 1995, telah memulakan operasi sebagai Amanah Raya Berhad.
Didaftarkan sebagai syarikat peramanahan dibawah Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 dan Akta Syarikat 1965.
 
2. Latar Belakang Pengkorporatan
Untuk terus unggul sebagai institusi yang menawarkan perkhidmatan profesional dalam bidang peramanahan dan pengurusan pewarisan yang memenuhi kepuasan pelanggan dan tanggungjawab sosial.
Sebagai pemegang amanah berbagai unit amanah saham yang terkemuka, Amanah Raya Berhad memupuk dan membantu pertumbuhan keluarga dan perniagaan warga Malaysia.
Amanah Raya Berhad menawarkan kombinasi kepakaran, kadar yuran perkhidmatan yang berdaya saing serta perkhidmatan yang bersifat peribadi dan memenuhi matlamat pelanggan.
Bagi melengkapi perkhidmatan peramanahan korporat, Amanah Raya Berhad turut menjadi peneraju dalam mengawasi stok pinjaman korporat dan terbitan bon serta pengurusan dana dan berbagai skim manfaat persaraan.
Berfungsi sebagai pemegang amanah dan pentadbir , perkhidmatan jabatan merangkumi tugas-tugas perundangan , kewangan, penyediaan dokumen amanah, wasiat, bertindak sebagai pemegang amanah kepada dana amanah, sebagai pentadbir dan wasi kepada harta pusaka serta mengawal urusan dana amanah saham di bawah jagaan.
 
3. Produk dan perkhidmatan Amanah Raya Berhad
Sebagai sebuah syarikat milik penuh kerajaan, Amanah Raya Berhad menawarkan perkhidmatan yang boleh di yakini, berkredibiliti dan selamat.
Berbekalkan sejarah yang cemerlang, Amanah Raya Berhad menawarkan kelebihan yang disertai pengalaman, sikap profesional, kepakaran dalam bidang undang-undang, perakaunan dan percukaian.
Amanah Raya Berhad turut menyediakan penyelesaian setempat bagi menjimatkan masa dan mengurangkan kesulitan pelanggan. 20 cawangan Amanah Raya Berhad yang lengkap dengan system berkomputer di seluruh negara sedia untuk dilawati.
Produk Amanah Raya Berhad :
Pengurusan Harta Pusaka
Cara pengurusan aset yang terbail diperlukan oleh setiap individu untuk di tinggalkan kepada yang tersayang.
Di Amanah Raya Berhad, kami mengutamakan kepentingan anda dengan menyediakan perkhidmatan yang memenuhi keperluan pengurusan harta pusaka.
Langkah pertama dalam pengurusan harta pusaka ialah melantik wasi atau pentadbir. Kemudahan ini mempercepatkan perlaksanaan wasiat anda dan pengagihan kekayaan yang penting dan mudah untuk semua individu.
Di Amanah Raya Berhad, kami memudahkan proses pengurusan harta pusaka untuk membantu anda mengagihkan aset selepas meninggal dunia.
Gabungan kepakaran dan pengalaman lebih 80 tahun dalam pengurusan harta pusaka akan dapat memastikan pengagihan segera selepas ketiadaan anda. Ini akan dapat dicapai dengan melantik Amanah Raya Berhad sebagai wasi atau pentadbir harta pusaka anda.
Wasi atau pentadbir :
Amanah Raya Berhad diberi kuasa untuk mentadnir harta pusaka simati dengan cepat mengikut kuasa statutori.
Amanah Raya Berhad akan memohon Geran Probet atau Surat Mentadbir daripada Mahkamah Tinggi dan Pejabat Tanah.
Mengagihkan aset mengikut hukum Faraid bagi yang beragama Islam atau mengikut Akta Pembahagian 1958 bagi yang bukan beragama Islam.
Amanah Raya Berhad terikat dengan undang-undang untuk menjaga kepentingan masa depan waris selepas kematian pewasiat.
Agihan aset dengan segera
Penulisan wasiat, penyimpanan dan perlaksanaan
Kematian merupakan satu ketetapan bagi semua yang bernyawa dan apabila ia terjadi, apa yang dapat dipersiapkan oleh anda dan keluarga yang ditinggalkan.
Dengan menulius wasiat, kejutan tersebut boleh ditangani dan daoat menjamin masa depan kewangan keluarga dan waris.
Wasiat adalah dokumen undang-undang yang penting yang menentukan pengagihan harta pusaka selepas seseorang meninggal dunia.
Dengan meninggalkan wasiat adalah satu langkah bertanggungjawab untuk memastikan pengagihan aset kepada waris yang anda pilih selepas kematian dan dengan sendirinya melindungi kebajikan kewangan keluarga dan waris.
Menulis wasiat adalah salah satu kaedah perancangan pengagihan kekayaan yang penting.
Amanah Raya Berhad menawarkan fee yan berpatutan untuk penulisan wasiat.
Amanah Raya Berhad menyediakan :
Penulisan wasiat yang cepat dan fee yang berpatutan untuk orang Islam dan bukan Islam.
Penyimpanan wasiat – menyimpan wasiat dengan selamat
Perlaksanaan wasiat – mengagihkan aset menurut kehendak pelanggan
Akaun Amanah
Akaun Amanah adalah dana yang dibentuk oleh individu atau badan korporat (juga dikenali sebagai penderma dalam istilah undang-undang) dengan pemegang amanah seperti Amanah Raya Berhad.
Boleh mengamanahkan aset seperti wang tunai dan senilainya, saham, polisi insuran nyawa dan juga hartanah.
Suratikatan amanah akan ditandatangani di antara pemegang amanah dan penderma bagi memperuntukkan syarat dan terma amanah.
Individu berusia 18 tahun dan badan korporat atau organisasi boleh membuka akaun amanah dengan Amanah Raya Berhad.
Antara akaun amanah yang ditawarkan di Amanah Raya Berhad :
Individu
Institusi
Safe Care
Amanah Hibah

Tuesday, November 20, 2007

Kesilapan Dan Salah Anggapan


Ramai dikalangan masyarakat menyangka bahawa penulisan wasiat ini tidak
begitu penting.Ia dianggap sebagai perkara remeh dan boleh diabaikan
Antara alasan-alasan lain yang diberi ialah:

1)Alasan Tidak punya Harta!!!
Harta terdapat dalam dua bentuk iaitu 'Harta Alih' dan 'Harta tidak Alih'
Harta alih adalah berupa wang ringgit ,emas,permata dan sebagainya yang boleh dialih
Harta tak alih adalah seperti tanah,rumah dan aset yang tak boleh dialih.

Terdapat Empat kaedah harta yang wajib diwasiatkan oleh setiap individu yang telah berusia 18 tahun keatas iaitu:

Harta Persendirian
Harta ini adalah merupakan pemilikanperibadi seperti tanah,rumah,kenderaan,wang simpanan/semasa Wang simpanan koperasi,saham-saham syarikat dan perniagaan,insurans peribadi,simpanan wang KWSP,Wang simpanan Tabung Haji dan berbagai lagi atas "Nama Sendiri."
Bersambung...

Monday, November 19, 2007

Konvensyen Perwarisan Harta Islam Dan Daftar Wasiat Malaysia

10 Julai , KUALA LUMPUR – Amanah Raya Berhad dengan kerjasama Persatuan Pewarisan Harta Malaysia (PERWARIS) hari ini menganjurkan Konvensyen Perwarisan Harta Islam dan Daftar Wasiat Malaysia dari tarikh 10 sehingga 12 Julai bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Objektif penganjuran konvensyen adalah untuk membincangkan dan memperdebatkan isu-isu berkaitan pentadbiran harta pusaka terutamanya untuk menghasilkan resolusi yang berkaitan bagi diusulkan kepada pihak kerajaan. Konvensyen ini juga bertujuan untuk mengiktiraf PERWARIS sebagai sebuah pertubuhan bebas yang mempunyai kredibiliti dalam meresolusikan sesuatu perkara berkaitan Perancangan dan Pentadbiran Harta Pusaka orang Islam.
YB. Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Penaung Konvensyen Perwarisan Harta Islam Dan Daftar Wasiat Malaysia telah merasmikan konvensyen dan majlis pelancaran Daftar Wasiat Malaysia (DWM).

Dalam ucapannya, beliau menyatakan sokongan dan keyakinan kerajaan bahawa konvensyen ini akan menjadi platform utama untuk menwujudkan persefahaman antara semua pihak yang terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran perwarisan supaya bersatu tenaga dalam memastikan pentadbiran harta pusaka dapat dijalankan dengan penuh dedikasi, bertanggungjawab, cepat lagi bijaksana.

Menurutnya, “Sudah sampai masanya untuk semua pihak yang terlibat, baik secara langsung atau tidak untuk sama-sama mencadangkan mekanisma yang terbaik dan seterusnya menerima pakainya bersandarkan kesedaran untuk mempercepatkan proses pentabiran pusaka bagi membendung gejala dan kesan negatif yang timbul akibat kekurangan ilmu pengetahuan dan keperluan semasa yang kian mencabar.”

Beliau juga menyatakan Daftar Wasiat Malaysia yang dilancarkan pada hari ini merupakan usaha terbaik AmanahRaya dalam mewujudkan sistem pendaftaran wasiat setempat yang pertama seumpamanya diwujudkan di negara kita. Kewujudan sistem daftar ini bagi memudahkan penyimpanan dan penyemakan, baik bagi orang Islam dan bukan Islam. Dengan adanya Daftar Wasiat Malaysia, pewasiat tidak perlu lagi bimbang kedudukan wasiat mereka lagi kerana ianya secara rasmi telah didaftar dan terpelihara.

Pada majlis ini, AmanahRaya telah diwakili oleh Ybhg Dato’ Haji Dusuki Ahmad, Pengerusi AmanahRaya yang merangkap Pengerusi Konvensyen Perwarisan Harta Islam Dan Pelancaran Daftar Wasiat Malaysia serta YBhg Dato’ Ahmad Rodzi Pawanteh, Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya yang juga merupakan Yang Dipertua PERWARIS. Bagi pihak Amanahraya, penganjuran konvensyen dilihat amat berjaya kerana buat pertama kalinya badan-badan pengamal pewarisan, badan perundangan dan kehakiman, para ilmuan, ulama dan pihak swasta yang terlibat dalam industri perwarisan ini telah terlibat secara langsung dalam menjayakan konvensyen ini. Sehubungan itu, konvensyen diyakini dapat menghasilkan resolusi-resolusi yang sejajar dengan objektif konvensyen terutama berkaitan objektif penubuhan PERWARIS dan penyelarasan dan keseragaman dalam pengurusan harta pusaka yang lebih effektif. AmanahRaya telah terlibat sepenuhnya dalam merealisasikan penganjuran konvensyen ini melalui idea penganjuran, penglibatan warga kerja dan kos penganjurannya.
Sebanyak 10 kertas kerja akan dibentangkan sepanjang 3 hari konvensyen yang antaranya mengenai Penyelarasan Undang-Undang Pewarisan:Isu-Isu dan Penyelesaiannya, Ke Arah Penyelesaian Harta Pusaka Kecil Yang Lebih Bersepadu, Cekap dan Cemerlang, Isu-Isu Berbangkit dan Undang-Undang Islam Yang Perlu Dipatuhi Di Dalam Mengeluarkan Sijil Faraid dan Kaedah Penamaan Simpanan Tabung Haji. Semua hasil kerja ini bersama dengan dua (2) lagi kertas kerja yang tidak sempat dibentangkan pada konvensyen ini telah dibukukan untuk dijadikan sumber rujukan kepada masyarakat.

Mengenai Amanah Raya Berhad
Amanah Raya Berhad (AmanahRaya), syarikat milik penuh kerajaan yang dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pemegang Amanah dan Pegawai Pentadbir Pusaka Malaysia telah ditubuhkan pada 1921 dan diperbadankan pada 1995. AmanahRaya menyediakan perkhidmatan Pengurusan Perwarisan; Penyediaan, Penyimpanan dan Pelaksanaan Wasiat; Pentadbiran Harta Amanah; dan Perkhidmatan Peramanahan. Ia juga adalah Pemegang Amanah kepada 79 dana amanah saham yang bernilai melebihi RM72 bilion serta Pemegang Amanah bagi bon dan pelbagai instrumen kewangan dan pengurusan pelaburan. AmanahRaya menawarkan produk dan perkhidmatan yang mesra pelanggan dan mudah dihubungi melalui 20 cawangan yang terdapat di seluruh Malaysia.
-Tamat-


Menurut bancian kesedaran rakyat Malaysia
Dalam membuat wasiat khususnya orang-orang melayu adalah
amat rendah iaitu kadar nya kurang daripada 1% sahaja.

Menurut Perangkaan 2006,terdapat nilai
anggaran RM41 Billion harta pusaka bekuyang tidak dituntut oleh
pewaris-pewaris kerana kurangnya pengetahuan mengenai menuntut
dan mengurus harta pusaka .

Kerajaan telah menyedari hal ini dan telah
menyarankan supaya perkara pengagihan tanah
harta dan pusaka sebagainya ini dapat ditangani segera.

Wasputra ditubuhkan bagi mengembeling
tenaga bagi menyahut seruan murni kerajaan ini.
Tujuan utama adalah memberikan maklumat kepada masyarakat
dengan memberi kesedarandiatas tanggungjawab
dan tuntutan agama berhubung penulisan wasiat

Sunday, November 18, 2007

Penulisan Wasiat




Apakah Wasiat?


Wasiat adalah satu dokumen yang mempunyai 'Kuatkuasa Undang-Undang'
yang membolehkan seseorang menentukan cara bagaimana harta bendanya
dibahagi setelah berlaku kematian

Pewasiat = orang yang membuat wasiat

Benefisiari= orang /pihak yang dinamakan dalam
wasiat yang akan menerima harta pusaka

Wasi=Orang atau pihak (ARB)yang dilantik untuk
melaksana dan menyempurnakan wasiat