Wednesday, December 12, 2007

Latar Belakang Amanah Raya Berhad

Dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pemegang Amanah dan Pegawai Pentadbir Pusaka yang ditubuhkan pada tahun 1921.
Merupakan pemimpin dalam memberikan perkhidmatan peramanahan dan pentadbiran harta pusaka.
Pada tahun 1966, apabila tabung amanah saham pertama (Tabung Pelaburan Malaysia) dilancarkan oleh Asia Unit Trust Berhad, jabatan ini telah dilantik sebagai pemegang amanah kepada tabung tersebut.
Diperbadankan pada 29 Mei 1995 dan pada 1 Ogos 1995, telah memulakan operasi sebagai Amanah Raya Berhad.
Didaftarkan sebagai syarikat peramanahan dibawah Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 dan Akta Syarikat 1965.
 
2. Latar Belakang Pengkorporatan
Untuk terus unggul sebagai institusi yang menawarkan perkhidmatan profesional dalam bidang peramanahan dan pengurusan pewarisan yang memenuhi kepuasan pelanggan dan tanggungjawab sosial.
Sebagai pemegang amanah berbagai unit amanah saham yang terkemuka, Amanah Raya Berhad memupuk dan membantu pertumbuhan keluarga dan perniagaan warga Malaysia.
Amanah Raya Berhad menawarkan kombinasi kepakaran, kadar yuran perkhidmatan yang berdaya saing serta perkhidmatan yang bersifat peribadi dan memenuhi matlamat pelanggan.
Bagi melengkapi perkhidmatan peramanahan korporat, Amanah Raya Berhad turut menjadi peneraju dalam mengawasi stok pinjaman korporat dan terbitan bon serta pengurusan dana dan berbagai skim manfaat persaraan.
Berfungsi sebagai pemegang amanah dan pentadbir , perkhidmatan jabatan merangkumi tugas-tugas perundangan , kewangan, penyediaan dokumen amanah, wasiat, bertindak sebagai pemegang amanah kepada dana amanah, sebagai pentadbir dan wasi kepada harta pusaka serta mengawal urusan dana amanah saham di bawah jagaan.
 
3. Produk dan perkhidmatan Amanah Raya Berhad
Sebagai sebuah syarikat milik penuh kerajaan, Amanah Raya Berhad menawarkan perkhidmatan yang boleh di yakini, berkredibiliti dan selamat.
Berbekalkan sejarah yang cemerlang, Amanah Raya Berhad menawarkan kelebihan yang disertai pengalaman, sikap profesional, kepakaran dalam bidang undang-undang, perakaunan dan percukaian.
Amanah Raya Berhad turut menyediakan penyelesaian setempat bagi menjimatkan masa dan mengurangkan kesulitan pelanggan. 20 cawangan Amanah Raya Berhad yang lengkap dengan system berkomputer di seluruh negara sedia untuk dilawati.
Produk Amanah Raya Berhad :
Pengurusan Harta Pusaka
Cara pengurusan aset yang terbail diperlukan oleh setiap individu untuk di tinggalkan kepada yang tersayang.
Di Amanah Raya Berhad, kami mengutamakan kepentingan anda dengan menyediakan perkhidmatan yang memenuhi keperluan pengurusan harta pusaka.
Langkah pertama dalam pengurusan harta pusaka ialah melantik wasi atau pentadbir. Kemudahan ini mempercepatkan perlaksanaan wasiat anda dan pengagihan kekayaan yang penting dan mudah untuk semua individu.
Di Amanah Raya Berhad, kami memudahkan proses pengurusan harta pusaka untuk membantu anda mengagihkan aset selepas meninggal dunia.
Gabungan kepakaran dan pengalaman lebih 80 tahun dalam pengurusan harta pusaka akan dapat memastikan pengagihan segera selepas ketiadaan anda. Ini akan dapat dicapai dengan melantik Amanah Raya Berhad sebagai wasi atau pentadbir harta pusaka anda.
Wasi atau pentadbir :
Amanah Raya Berhad diberi kuasa untuk mentadnir harta pusaka simati dengan cepat mengikut kuasa statutori.
Amanah Raya Berhad akan memohon Geran Probet atau Surat Mentadbir daripada Mahkamah Tinggi dan Pejabat Tanah.
Mengagihkan aset mengikut hukum Faraid bagi yang beragama Islam atau mengikut Akta Pembahagian 1958 bagi yang bukan beragama Islam.
Amanah Raya Berhad terikat dengan undang-undang untuk menjaga kepentingan masa depan waris selepas kematian pewasiat.
Agihan aset dengan segera
Penulisan wasiat, penyimpanan dan perlaksanaan
Kematian merupakan satu ketetapan bagi semua yang bernyawa dan apabila ia terjadi, apa yang dapat dipersiapkan oleh anda dan keluarga yang ditinggalkan.
Dengan menulius wasiat, kejutan tersebut boleh ditangani dan daoat menjamin masa depan kewangan keluarga dan waris.
Wasiat adalah dokumen undang-undang yang penting yang menentukan pengagihan harta pusaka selepas seseorang meninggal dunia.
Dengan meninggalkan wasiat adalah satu langkah bertanggungjawab untuk memastikan pengagihan aset kepada waris yang anda pilih selepas kematian dan dengan sendirinya melindungi kebajikan kewangan keluarga dan waris.
Menulis wasiat adalah salah satu kaedah perancangan pengagihan kekayaan yang penting.
Amanah Raya Berhad menawarkan fee yan berpatutan untuk penulisan wasiat.
Amanah Raya Berhad menyediakan :
Penulisan wasiat yang cepat dan fee yang berpatutan untuk orang Islam dan bukan Islam.
Penyimpanan wasiat – menyimpan wasiat dengan selamat
Perlaksanaan wasiat – mengagihkan aset menurut kehendak pelanggan
Akaun Amanah
Akaun Amanah adalah dana yang dibentuk oleh individu atau badan korporat (juga dikenali sebagai penderma dalam istilah undang-undang) dengan pemegang amanah seperti Amanah Raya Berhad.
Boleh mengamanahkan aset seperti wang tunai dan senilainya, saham, polisi insuran nyawa dan juga hartanah.
Suratikatan amanah akan ditandatangani di antara pemegang amanah dan penderma bagi memperuntukkan syarat dan terma amanah.
Individu berusia 18 tahun dan badan korporat atau organisasi boleh membuka akaun amanah dengan Amanah Raya Berhad.
Antara akaun amanah yang ditawarkan di Amanah Raya Berhad :
Individu
Institusi
Safe Care
Amanah Hibah

No comments: